Ternyatalah
slogan 1 Malaysia benar-benar dirasai oleh segenap rakyat tanpa mengenal
lapisan bangsa,warna kulit dan ideologi. Justeru itu, Kerajaan
Persekutuan telah mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan 2014 melalui
penyaluran bayaran yang dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)
sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah
yang tidak mempunyai akaun bank. Wang tunai tersebut akan diserahkan
melalui sekolah masing-masing terus ke tangan para penjaga murid.
Pada pembentangan
Bajet 2014 Oktober 2013 yang lalu, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Pusat
akan meneruskan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar
sekolah rendah dan menengah tahun depan. Sebanyak RM540 juta disediakan
untuk bantuan persekolahan dan baucar
buku tersebut bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan ini adalah
tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.
Disempurnakan oleh YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan
ADUN Batang Kali , Selangor Darul Ehsan.
Sekolah
Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Selangor juga tidak
ketinggalan mengadakan program Pemberian Bantuan Awal Persekolahan ini
yang telah dirasmikan serentak bersama Program Mesra Waris Tahun 6. Pada
Tanggal 23 Januari 2014 (Khamis) tersebut, Y.B. Tuan Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N07 Batang Kali Selangor
telah sudi meluangkan masa bersama warga dan penjaga murid di sekolah
ini.
Aturcara :
-Kehadiran Ibu bapa dan Penjaga
-Taklimat Bantuan Persekolah
-Penyerahan bantuan mengikut Kelas