Thursday, 10 April 2014

Mesyuarat AJK PIBG Pertama sesi 2014/2015

Salam satu suara..


 Sepakat membawa berkat...

Tarikh                    : 8 April 2014
Hari                        : Selasa
Waktu                     : 3.00 - 4.45 PM
Tempat                    : Pusat Sumber SKTAR


Salam, Pada 8 April 2014 telah berlangsung Mesyuarat Pertama AJK PIBG 2014. Hampir kebanyakan AJK Ibu bapa dan guru telah hadir meskipun cuaca di luar Pusat Sumber ketika itu hujan lebat. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG 2014 Encik A Mizan bin Silai.

Beberapa agenda dan aktiviti telah dirancang sepanjang sesi lantikan 2014 / 2015 antaranya :
  • April : Mesyuarat AJK Pertama PIBG 
  • Mei : Pertandingan Golf Amal
  • Jun : Peningkatan UPSR 2014 
  • Julai : Kutipan sumbangan PIBG & Program menjejak murid tercicir
  • Ogos : Program Gotong-royong
  • September : Lawatan penanda aras AJK PIBG
  • Oktober : Mesyuarat AJK Kedua PIBG
 
 YDP Encik A Mizan dan PK HEM Puan Rosidah

Antara cadangan yang turut diberi perhatian pada mesyuarat tersebut adalah :
  1. Syor memberi saguhati pada murid aktif dalam kegiatan kokurikulum dan mengharumkan nama sekolah.
  2. Syor Bengkel Permuafakatan antara guru, ibu bapa, JAKOA  dan NGO.
 Mesyuarat tersebut ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

 

No comments:

Post a Comment